Mako (kanan) dan pasangannya.

TOKYO – Puteri Jepun, Mako telah melepaskan statusnya sebagai kerabat diraja Jepun apabila mengahwini seorang rakyat biasa, Kei Komura yang merupakan buah hatinya ketika belajar di kolej.

Berdasarkan undang-undang Jepun, hanya lelaki yang boleh mengekalkan status kerabat diraja jika berkahwin dengan rakyat biasa.

Mako yang disamakan dengan pasangan diraja Britain, Harry dan Meghan Markle, juga menolak tawaran agar diadakan upacara perkahwinan diraja dan juga ganjaran yang biasa diberikan apabila mana-mana wanita dari kerabat diraja memilih untuk hidup seperti orang biasa.

Beliau yang merupakan anak perempuan Putera Mahkota Fumihito and pasangannya, Kiko, menjadi anggota diraja Jepun pertama menolak tawaran seumpama itu, lapor Agensi.

Mako dan pasangan dijangka akan menetap di Amerika Syarikat selepas berkahwin kerana Kamuro berkerja sebagai peguam di negara tersebut.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua pasangan ini menimbulkan kontroversi di negara mata hari terbit.

Kamuro berdepan dengan perhatian ramai dan juga kritikan termasuk mengekalkan rambut ekor kuda yang dianggap oleh sesetengah rakyat Jepun sebagai tidak sesuai untuk seseorang yang akan berkahwin dengan puteri diraja Jepun.

Perkahwinan pasangan itu juga mendapat bantahan rakyat Jepun.

Mako dalam satu sidang media memohon maaf sekiranya perkahwinan mereka menimbulkan perasaan tidak senang terhadap rakyat negara itu dan terhutang budi kepada mereka yang menyokongnya.

Beliau menyifatkan perkahwinan dengan Kamuro sebagai pilihan terbaik untuknya.

Sementara itu, Kamuro pula menyatakan kesedihannya kerana Mako menjadi mangsa tuduhan liar sehingga menyebabkan pasangannya itu terkesan daripada segi fizikal dan juga mental. – BebasNews

Leave a Reply