GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Fetty Rara

RAMAI dalam kalangan rakyat Malaysia menjangkakan kenaikan harga rumah menjelang Disember 2022.

Menurut kaji selidik oleh firma teknologi hartanah, Juwai IQI, mereka berpendapat sekarang masa sesuai untuk membeli rumah

Selain itu, kaji selidik dari 28 September hingga 21 Oktober 2021 mendapati bahawa trend pilihan pembeli telah berubah dengan cepat semasa pandemik Covid-19.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Juwai IQI Kashif Ansari dalam satu kenyataan pada Rabu (27 berkata pengguna sangat positif mengunjurkan bahawa harga rumah 14 bulan akan datang akan naik, dan sesetengah pengguna berasa terdesak untuk membeli sebelum harga terus naik.

Kashif berkata semasa COVID-19 83 peratus responden merasakan bahawa pejabat rumah atau ruang belajar adalah lebih penting.

“Memiliki kediaman yang lebih besar kini lebih penting bagi 72 peratus responden manakala ruang hijau persendirian pula lebih penting bagi 68 peratus responden,” katanya.

Beliau berkata sekarang ini pembeli rumah mempunyai keinginan yang kuat untuk mendapatkan ruang bekerja dari rumah kerana tempoh kawalan pergerakan yang begitu lama.

Memandangkan perubahan itu, ramai pemaju mula menyesuaikan reka bentuk rumah supaya sesuai dengan kehendak pembeli.

Kaji selidik itu turut mendapati bahawa 64 peratus responden lebih cenderung tinggal berdekatan pusat bandar berbanding sebelum pandemik.

“Sementara 60 peratus lagi menyatakan duduk berhampiran hospital atau klinik juga lebih penting daripada sebelum COVID-19 melanda,” katanya.

— BebasNews

Leave a Reply