Patung 'Litte Amal' berjalan merentasi negara-negara Eropah dari Turki untuk menggingatkan dunia tentang penderitaan pelarian kanak-kanak.

LONDON – Sebuah patung gergasi yang dijadikan simbolik sebagai seorang kanak-kanak perempuan pelarian dinamakan ‘Little Amal’ yang meneruskan perjalanannya dari Turki melalui negara-negara Eropah kini tiba di United Kingdom.

Kempen ‘The Walk by the Little Amal’ yang bermula di Turki pada Julai lalu, melibatkan perjalanan sejauh 8,000 kilometer (km) adalah bertujuan untuk menyokong dan mengetengahkan rayuan kanak-kanak pelarian, lapor Agensi Anadolu.

Patung setinggi 3.5 meter berpakaian kanak-kanak pelarian Syria, telah berjalan merentasi Turki, Greece, Itali, Perancis, Switzerland, Derman dan Belgium sebelum tiba di UK sebagai usaha untuk menarik perhatian terhadap keperluan kanak-kanak pelarian.

Di UK, Little Amal yang akan melawati bandar-bandar termasuk Kent dan London serta meneruskan perjalanannya di Oxford, telah dialu-alukan kedatangannya oleh pertubuhan pro-pelarian dan juga ahli politik termasuk bekas pemimpin parti Buruh,
Jeremy Corbyn. – BebasNews

Leave a Reply