PARIS – Perancis akan menutup tujuh buah lagi masjid dan persatuan Islam menjelang akhir tahun kerana kononnya didakwa menggalakkan fahaman radikal, kata Menteri Dalam Negerinya, Gerald Darmanin.

Berikutan dakwaan itu juga sebuah masjid di bandar Allonnes akan ditutup selama enam bulan dan akaun bank pihak pentadbirannya dirampas.

Darmanin berkata, sejumlah 13 buah persatuan Islam ditutup di negara itu sejak Presiden Emmanuel Macron berkuasa, lapor Agensi Anadolu.

Beliau juga berkata, sejumlah 92 daripada 2,500 buah masjid di Perancis telah ditutup selepas pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa dan permit pemastautin 36,000 rakyat asing telah dibatalkan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam.

Pada bulan Ogos lalu, pihak berkuasa Perancis meluluskan undang-undang kontroversi anti pengasingan yang dikritik keras kerana menjadikan rakyat beragama Islam sebagai mangsanya.

Kerajaan mendakwa undang-undang itu bertujuan mengukuhkan fahaman sekular di negara tersebut tetapi pengkritik bahawa ia bertujuan mengehadkan kebebasan beragama terutamanya Islam. – BebasNews

Leave a Reply