Oleh Yusoff Ahmad Shariff

Peranan teknologi kewangan (fintech) dalam instrumen ‘embedded finance’ kini semakin penting bagi ekonomi masa depan, terutama untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Embedded finance efisien digunakan secara terus menerusi laman web atau aplikasi mudah alih bagi memudahkan transaksi perkhidmatan mereka tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Ini bermakna pihak pembeli tidak lagi perlu menyatakan butiran kad kredit untuk membuat transaksi.

Menurut Naib Presiden (inovasi perniagaan) Telekom Malaysia (M) Bhd Moharmustaqeem Mohammed, kemajuan baharu ini akan meningkatkan keberkesanan keseluruhan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.

“Kami percaya syarikat dapat mengambil bahagian bukan sahaja dalam mengedarkan perkhidmatan ‘’bundle” tetapi mencipta pengalaman istimewa untuk pengguna akhir mereka,”

Beliau berkata demikian semasa persidangan tahunan fintech SCxSC ke-8 yang diadakan secara maya pada Rabu (27 Okt).

— BebasNews

Leave a Reply