Pengebumian Mohd Diya bin Che Jusoh di Tanah Perkuburan Kampung Krubong, Melaka / Gambar: NSTP.

Oleh Zainal AS Rashid

SOP menyelamat semasa banjir akan ditambah baik.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad ini adalah susulan siasatan ke atas kematian seorang anggota bomba yang pengsan semasa bertugas di Melaka minggu lepas.

“JBPM mempunyai SOP keselamatan dan kesihatan pekerjaan, namun kita terbuka untuk menambah baik kelemahan yang ada, terutama menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November,” katanya kepada media selepas Majlis Penutup Kursus Asas Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) JBPM Pahang di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota, Kuantan pada Rabu (27 Okt).

Pada 21 Oktober, anggota JBPM Mohd Diya Che Jusoh, 46, yang bertugas di BBP Melaka Tengah meninggal dunia pada 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, setelah pengsan ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, pada 20 Okt.

— BebasNews

Leave a Reply