KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu aduan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan dua perenggannya di sini mengesahkan menerima aduan Ahli Parlimen Pekan itu.

“SPRM akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu aduan tersebut meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan,” kata SPRM lagi. – BebasNews

Leave a Reply