Oleh Zainal AS Rashid

PELANGGAN Astro mempunyai pilihan membayar bil tanpa perlu bayar caj perkhidmatan, iaitu dengan mendaftar di portal layan diri atau di pusat perkhidmatan pelanggan Astro, antara lain.

Sejak 1 September lepas Pos Malaysia Bhd mengenakan caj 50 sen ke atas pengguna membuat pembayaran bil Astro di kaunter berikutan persetujuan antara dua syarikat berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata cara pembayaran lain, termasuk Astro Quick Pay, saluran Astro 200, aplikasi My Astro serta platform JomPAY.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis (28 Okt).

“Sejak Januari tahun ini, caj perkhidmatan 50 sen untuk Astro telah dilaksanakan oleh ejen-ejen pembayaran bil, cuma Pos Malaysia Berhad sahaja yang baharu mengenakan caj sama bagi bayaran bil Astro di kaunter bermula 1 Sept 2021,” katanya.

Annuar berkata Pos Malaysia yang merupakan anak syarikat Kumpulan DRB-HICOM Berhad dikorporatkan pada 1992 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2001.

— BebasNews

Leave a Reply