JIKA anda memasukkan seekor ketam ke dalam baldi, pastinya dia akan berusaha mencengkau atau mengepit ke atas dan keluar, dan kembali ke alam luar.

Tetapi sesuatu yang menarik berlaku jika anda meletakkan sekumpulan ketam dalam baldi.

Jika salah seekor daripada ketam cuba memanjat keluar, selebihnya menariknya semula ke dalam baldi.

Selanjutnya, jika ketam cuba memanjat keluar untuk kali kedua, ketam yang lain berkumpul semula pada ketam itu, dan sebenarnya mungkin mula mematahkan sepitnya untuk menghalang usaha untuk keluar sepenuhnya.

Ini bermakna tiada seekor pun daripada kumpulan ketam itu berjaya melarikan diri kerana kesemua berusaha melawan satu sama lain.

Mentaliti jenis ini sering diterjemahkan ke dalam tingkah laku manusia.

Mentaliti ketam adalah metafora bagaimana manusia bertindak balas apabila mereka melihat orang lain di sekeliling mereka mencapai beberapa jenis peningkatan diri yang tidak dapat mereka capai sendiri.

Ungkapan “Jika saya tidak boleh memilikinya atau mendapatkannya , anda juga tidak boleh” menggambarkan mentaliti “ketam dalam baldi”.

Walaupun manusia mungkin tidak cuba menghancurkan satu sama lain secara fizikal seperti yang dilakukan oleh ketam, mereka mungkin cuba mematahkan semangat orang lain apabila mereka melihat orang lain sedang menuju kejayaan.

Apabila mereka yang mempunyai mentaliti ketam melihat orang lain di sekeliling mereka maju, mereka secara tidak sedar (atau secara sedar) akan cuba menghalang atau menahan usaha tersebut.

Mereka melakukan apa yang mereka boleh untuk menghalang kemajuan, atau bahkan menghalang orang itu daripada cuba untuk berjaya.

Orang yang mempunyai mentaliti ketam berasa tidak selamat apabila melihat orang lain bertambah baik, dan menganggap bahawa mereka gagal kerana orang lain berjaya.

Frasa biasa “kesengsaraan haruslah berteman atau dikongsi” adalah sangat benar, dan boleh dilihat dalam jenis situasi ini.

Ini merupakan juga pepatah yang mengatakan bahawa mereka yang sengsara boleh menangani masalah mereka dengan lebih baik jika orang di sekeliling mereka juga sengsara.

Ungkapan ini biasanya digunakan apabila kita memerhati seseorang yang sengsara memberikan kesedihan kepada orang lain.

Mereka yang sengsara mahu orang di sekelilingnya juga sengsara. Oleh itu, apabila mereka melihat seseorang mendahului mereka, mereka mahu menariknya kembali ke bawah. – BebasNews

Leave a Reply