GAMBAR: Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEBAGAI persediaan bagi Pasukan Pertahanan Strategik negara itu, India pada Rabu (27 Okt) telah melancarkan peluru berpandu terbaharunya yang berkemampuan menyerang sasaran sejauh 5,000km.

Peluru berpandu jenis Agni-5 yang dilancarkan dari laut pada pukul 7.50 malam waktu India itu dilakukan di wilayah, Odisha, kata satu kenyataan Kementerian Pertahanan India pada Khamis (28 Okt).

Menurut kenyataan itu, peluru berpandu menggunakan bahan api pepejal tiga peringkat tersebut mampu membinasakan sasaran sejauh 5,000 kilometer dengan tahap ketepatan yang sangat tinggi.

Penghasilan peluru berpandu balistik itu merupakan sebahagian dari dasar kerajaan India bagi mengekalkan “kuasa penghalang minimum.

Sebelum ini India telah membangunkan beberapa jenis peluru berpandu nuklear di bawah Program Pembangunan Peluru Berpandu Bersepadu sejak 1983 hingga 2012.

Agni-5 yang mempunyai ukuran panjang 17 meter dan berat pelancaran 50 tan, mampu dilengkapi dengan kepala peledak  melebihi satu tan metrik.

— BebasNews

Leave a Reply