Pengurus Negara Visa Ng Kong Boon dan Effendy Shahul Hamid pada majlis memeterai kerjasama strategik termasuk membangunkan penyelesaian kad prabayar menerusi Touch ‘n Go eWallet.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Touch ‘n Go dan Visa, syarikat pengendali pembayaran digital terkenal, telah memeterai kerjasama strategik termasuk membangunkan penyelesaian kad prabayar menerusi Touch ‘n Go eWallet.

Penyelesaian ini dijangka disediakan kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet milik Kumpulan Touch ‘n Go, pada tahun 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid, kerjasama yang dimeterai itu bakal menyaksikan Touch ‘n Go eWallet menyertai Program Laluan Pantas Teknologi Kewangan Visa, yang memberikan Touch ‘n Go akses kepada rangkaian rakan niaga dan sekutu global Visa secara langsung.

“Kedua-dua jenama memberi tumpuan kepada pelanggan, dan dengan kerjasama Visa, kami dijangka terus menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna e-Dompet kami,” tambah beliau.

Program ini merupakan sebahagian daripada strategi global Visa untuk membuka rangkaiannya dan memberikan sokongan kepada pelbagai peserta yang sedang merangka pengalaman perdagangan baharu bagi pengguna dalam talian yang kini semakin arif.

“Dalam suasana hari ini, kerjasama erat dan tawaran nilai yang nyata kepada pelanggan dan pengguna adalah satu-satunya cara untuk terus berkembang maju. Usaha sama strategik antara Touch ‘n Go dan Visa akan membawa kerjasama antara syarikat-syarikat kami menuju mercu lebih tinggi.

Berdasarkan kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa , kedua-dua kad tanpa sentuhan (92 peratus) dan dompet digital (81 peratus) digunakan secara meluas di Malaysia. Data menunjukkan bahawa 77 peratus menggunakan kedua-dua kaedah pembayaran ini. – BebasNews

Leave a Reply