vaccination, doctor, syringe
Photo by kfuhlert on Pixabay

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang bakal menunaikan ibadah umrah dan merupakan penerima vaksin COVID-19 Sinovac boleh memohon dos penggalak di Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

Suntikan dos penggalak merupakan sebahagian daripada syarat yang dikenakan Arab Saudi terhadap penerima vaksin buatan China.

Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, permohonan itu boleh dilakukan bila-bila masa sebelum mereka berlepas dengan syarat suntikan kedua vaksin berkenaan telah melebihi tempoh yang ditetapkan, lapor Awani hari ini.

Beliau berkata, penerima vaksin Sinovac boleh mendapatkan suntikan penggalak, sekurang-kurangnya tiga bulan menerima suntikan dos kedua.

“Kita sarankan mereka untuk membuat permohonan bila-bila masa untuk mendapatkan suntikan penggalak ini,” katanya.

Sebelum ini hanya mereka yang menerima suntikan vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan umrah dan haji. – BebasNews

Leave a Reply