KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana bagi tujuan mengerjakan ibadat haji melalui panggilan telefon.

TH, baru-baru ini menerima laporan daripada pendeposit bahawa ada individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan dana haji untuk membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat.

Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran dimana yang
dahulu didahulukan.

TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi perantara/orang tengah/agen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji mahupun pakej haji.

TH berharap orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan TH Call Centre di talian 03-6207 1919. – BebasNews

Leave a Reply