ISLAMABAD – Pihak pentadbiran sementara Kumpulan Taliban telah mengumumkan penubuhan sebuah tribunal tentera untuk menguatkuasakan undang-undang Islam di Afganistan.

Tribunal itu dibentuk atas arahan pemimpin utamanya Hebatullah Akhundzada untuk menguatkuasa sistem syariah, dekri dan juga pembaharuan sosial,” kata Timbalan Jurucakap Kumpulan itu,” Enamullah Samangani, dalam kenyataannya.

Obaidullah Nezami telah dilantik menjadi Pengerusi Tribunal, dengan dibantu Seyed Aghaz dan Zahed Akhundzadeh sebagai timbalannya, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Samangani, tribunal tentera ini berkuasa memberikan tafsiran terhadap peraturan syariah, mengeluarkan dekri perundangan sivil Islam dan perundangan dalam kes peringkat tertinggi dan juga menerima aduan, tindakan undang-undang dan petisyen terhadap pegawai Taliban dan juga pihak keselamatan.

Berikutan tumbangnya kerajaan terdahulu dan Kumpulan Taliban pula telah mengambil alih kuasa pada bulan Ogos, sistem perundangan negara itu telah lumpuh dan penguatkuasaan undang-undang dilakukan oleh pejuang Taliban. – BebasNews

Leave a Reply