Azmir Jaafar dan Ahmad Marzuk Shaary, menyampaikan cek replika sumbangan zakat kepada wakil-wakil agensi pungutan zakat dari 14 buah negeri di seluruh negara.

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia yang beroperasi di 14 buah negeri telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta bagi tahun 2021.

Pembayaran ini merupakan jumlah terbesar semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan sejak lima tahun lalu, selepas syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Majlis penyerahan zakat telah diadakan di McDonald’s Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary menyaksikan sumbangan Zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 agensi Pungutan Zakat.

Azmir Jaafar

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sumbangan Zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan.

Zakat yang dibayar McDonald’s Malaysia, dapat membantu agensi pungutan zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat.

“Inisiatif ini menjadi komitmen syarikat kami sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya,” kata beliau. – BebasNews

Leave a Reply