KUALA LUMPUR-Pesakit Covid-19 bagi kategori 4 dan 5 yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dari minggu epidemiologi (ME) Ke-35 hingga 45, ramai membabitkan dalam kalangan penerima vaksin Sinovac.

Sehubungan dengan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer Sinovac lebih singkat berbanding vaksin-vaksin lain.

“Sela (masa) dos penggalak lebih singkat bagi Sinovac (tiga bulan), berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?

“Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya lebih cepat berkurangan,” ciap Khairy Twitter hari ini.

Beliau menambah, pihaknya mahu individu yang menerima vaksin Sinovac segera mendapatkan dos penggalak bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti Covid-19. – BebasNews

Leave a Reply