Nayib Bukele. Foto ultimahora.sv

IMPIAN.. El Salvador mahu membina sebuah bandar Bitcoin di wilayah tenggara La Unión, yang merupakan kawasan bergunung berapi yang bakal membekal tenaga geothermal kepada kegiatan melombong mata wang digital itu.

Perlombongan Bitcoin dan mata wang kripto lain dilakukan menggunakan komputer yang canggih untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan juga memerlukan sejumlah besar tenaga elektrik.

Bandar yang berbentuk seperti syiling Bitcoin akan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk lapangan terbang dan laluan keretapi dan tidak mengenakan cukai pendapatan kecuali cukai nilai tambah kepada penduduknya, kata Presidennya Nayib Bukele.

Beliau berkata demikian kepada rakyatnya di bandar Mizata ketika melakukan promosi tentang mata wang Bircoin.

El Salvador merupakan negara pertama di dunia menjadikan Bitcoin sebagai mata wang rasminya.

Langkah Bukele menjadikan Bircoin sebagai matawang telah menimbulkan kebimbangan kepada rakyatnya kerana mata wang kripto dilihat boleh menyebabkan ketidakstablilan ekonomi dan inflasi kepada negara Amerika Latin itu. – BebasNews

Leave a Reply