Namawee

SENSITIF?… Kerajaan China telah mengharamkan lagu pop Mandarin penyanyi rapper kontroversi Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee kerana dianggap mempersendakan pentadbiran negara itu dan penyokongnya.

Media negara itu menyifatkannya sebagai menghina rakyat negara komunis itu.

Video lagi berkenaan menarik tontonan lebih 30 juta kali di Youtube sejak pertengahan bulan Oktober, lapor BBC.

“Saya tidak menyangka lagu berkenaan mendapat sambutan sebegitu,” kata beliau yang merupakan penyanyi dan pencipta lagu terkenal terutama dalam kalangan masyarakat berbangsa Cina.

Sambil menyatakan beliau bukan anti-China, lagu cinta itu ditujukan kepada ‘little pinks’ atau ‘fragile’, iaitu golongan nasionalis muda yang mempertahankan dasar dan tindakan kerajaan Chima yang kadangkala dianggapnya mengarut.

Beliau berkata, apabila seseorang itu marah tentang sesuatu berita akan tiba pada tahap tertentu kita hanya mampu untuk ketawa terhadapnya dan lagu ini mewakili rasa tidak puas hati yang dibuat secara halus, merdu tetapi sarkastik.

Namewee berkata, siapa sahaja yang mendengar akan mendapat mesej yang berbeza. “Siapa yang makan Cili, dia yang merasa pedas.”

Lagu berkenaan mengandungi perkataan seperti ‘kem pendidikan semua’ , ‘kapas’, ‘hubungan yang tidak boleh dipisahkan’ yang dilihat sebagai merujuk isu sensitif dari isu Xinjiang hinggalah Taiwan.

Video berkenaan menjadi viral di Taiwan, Hong Kong, Malaysia, dan Singapura meskipun diharamkan di tanah besar China. – BebasNews

Leave a Reply