KUALA LUMPUR – Petang tadi viral video kebakaran besar kawasan perniagaan alat ganti kereta.

Lokasi kejadian adalah di Jalan Kuching walaupun disebut perakam video sebagai Jalan Duta.

Kebakaran tersebut menyebabkan berlaku kesesakan trafik berpunca daripada orang ramai yang ingin melihat kejadian tersebut.

Sementara itu, Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Twitternya memaklumkan kebakaran yang berlaku berhampiran susur Lebuh Raya Duke menghala ke Selayang itu menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Menurut ciapan itu, kerja-kerja memadam api sedang dilakukan pihak bomba.

“Keadaan trafik sesak dari Jalan Loke Yew sehingga ke lokasi di Jalan Kuching, susur Duke,” ciapnya.

– BebasNews

Leave a Reply