bread, mooncakes, baked
Photo by varintorn on Pixabay

KUALA LUMPUR – Berhati-hati jika membeli kuih bulan meskipun mempunyai sijil dan tanda halal.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengesahkan kuih bulan yang dikeluarkan sebuah syarikat tempatan bukan hanya luput tempoh sijil halalnya tetapi juga mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, berkata, pengesahan itu berdasarkan keputusan ujian makmal Jabatan Kimia Malaysia diterima pada 1 November.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan pada pada 16 September lalu sebelum disusuli pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah pada 23 September.

“MUIS menerima laporan secara bertulis pada 16 November lalu daripada JHEAINS bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk datang ke Pejabat MUIS pada 19 November bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“MUIS mendapati bahawa sijil halal syarikat itu telah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu mengakui kesilapan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, MUIS berpandangan bahawa syarikat berkenaan telah melakukan ketidakakuran syariah yang berkaitan dengan produk makanan kek bulan yang dkeluarkan oleh syarikat itu.

Mengulas lanjut Ramlan berkata, pihaknya memandang serius mengenai pelanggaran dan ketidakakuran syariah serta bertentangan dengan dasar syarak dalam produk makanan yang mempunyai DNA babi.

“Oleh itu, MUIS telah bertindak membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat ini dalam sistem MyeHalal dan menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ini dan dilarang menggunakannnya.

“Pihak MUIS juga menasihatkan semua pihak yang mengunakan sijil dan logo halal Malaysia supaya menjaga kepentingan serta sensitiviti masyarakat Islam dalam memastikan makanan, produk atau barang gunaan yang dikeluarkan sentiasa patuh syariah,” katanya. – BebasNews

Leave a Reply