Peraduan ini menawarkan hadiah lumayan dan bermanfaat kepada pengguna.

ZAMAN sekarang ada sesetengah manusia akan jadi ‘lemah’ apabila tidak memegang gajet seharian. Bagi mereka gajet seperti telefon, tablet atau komputer riba adalah sebahagian daripada ‘nyawa’.

Malangnya kesayangan tersebut tidak akan ‘bernyawa’ jika tidak disertakan dengan data internet yang mencukupi. Selain gajet, penggunaan data internet juga semakin meningkat kerana ia digunakan untuk mengakses banyak perkara ketika Malaysia beralih ke fasa endemik.

Menyedari keperluan dan kepentingan tersebut kepada orang ramai, jenama pewangi terkenal SugarBomb telah menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn. Bhd.

Dek slogan Jom Berinspirasi, maka terjalinlah kerjasama SugarBomb dengan Digi.

Apa kena mengena pewangi dengan Digi? Sebenarnya idea untuk Sugar Bomb berkolaborasi dengan Digi tercetus selepas orang kuat SugarBomb tertarik dengan slogan Digi yang berbunyi ‘Jom Berinspirasi’.

Ahmad Azhari Rosli bekerjasama dengan Digi bagi memberi kepuasan kepada pengguna kedua-dua produk.

Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli, berkata, kolaborasi itu tercetus daripada slogan Jom Berinspirasi yang diperkenalkan jenama telekomunikasi berkenaan.

“Seiring dengan slogan tersebut, kerjasama antara SugarBomb dan Digi ini bersifat saling menginspirasi dengan kepakaran masing-masing.

“Lalu kami lancarkan dua edisi minyak wangi 30 ml yang dipanggil Freedom dan Inspire sejak 18 November lalu untuk menjamin agar anda kekal harum sepanjang hari.

“Serentak dengan jualan minyak wangi itu, kita anjurkan peraduan Scan & Win (imbas dan menang) ini yang akan berakhir pada 31 Disember,” katanya tentang peraduan yang memberi manfaat kepada pengguna telemomunikasi tersebut dan penggemar minyak wangi SugarBomb.

Kolaborasi itu mencetuskan penganjuran Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win (Imbas & Menang). Kerjasama ulung ini menawarkan hadiah lumayan mencecah hampir RM200,000 berupa minyak wangi, data internet percuma serta panggilan tanpa had.

Tambah Ahmad Azhari, seramai 1,000 orang pemenang dicari untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

“Seramai 15 peserta daripada jumlah keseluruhan akan dipilih sebagai pemenang utama dan selebihnya akan menerima hadiah sagu hati. Senarai pemenang akan diumumkan pada 6 Januari 2022 di laman Facebook SugarBomb.

“Manakala, 15 pemenang utama akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 35 yang mana mereka akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi percuma selama tiga bulan (35GB sebulan) termasuk panggilan tanpa had beserta baucar belian Shopee bernilai RM100 setiap seorang.

Peraduan mudah dan hadiah yang ditawar berbaloi, jangan lepas peluang tersebut

“Sementara itu, pemenang sagu hati pula akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 15 yang didatangkan dengan 3.5GB data internet berkelajuan tinggi serta akses media sosial tanpa had secara percuma selama tiga bulan,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, semua pelanggan Digi Prabayar NEXT juga boleh menebus minyak wangi SugarBomb secara percuma bermula 12 Disember ini.

“Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk penyertaan atau maklumat lanjut layari pautan https://bit.ly/30Tv4uq,” katanya yang berharap kerjasama terjalin boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita semua sedia maklum dengan situasi norma baharu ini, data internet menjadi keperluan utama dan amat penting kepada semua. Setiap peringkat usia, pendek kata memerlukan data internet untuk pelbagai tujuan.

“Jadi rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan sambil terus berbau harum sebagai terapi kehidupan,” tambahnya.

Senarai pemenang peraduan ini akan diumum pada 6 Januari 2022 di FaceBook SugarBomb.

BebasNews

Leave a Reply