Foto earthquake.usgs.gov

KAWASAN barat Myamar digegarkan dengan satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter.

Gempa bumi tersebut menggegarkan negeri Chin di barat Myanmar pada pagi Jumaat, menurut laporan Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian dilaporkan, lapor Xinhua.

Gempa itu berlaku pada 06.15 pagi waktu tempatan (23:45 GMT Khamis) di 8 km timur laut bandar Thantlang di negeri Chin, dan pada pada kedalaman 46 km, kata jabatan itu.

Gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa tempat di Bangladesh, India, Bhutan dan China. – Bebasnews

Leave a Reply