KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada masa ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, situasi semasa menunjukkan penularan kes masih meningkat, kemasukan kes ke hospital juga bertambah selain kemunculan varian baharu COVID-19 yang amat berbahaya, lapor media tempatan.

“Jika PRU dijalankan pada masa ini, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, hari ini (26 November).

Khairy berkata, beliau juga sudah berbincang perkara ini dengan golongan pakar termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

“Pandangan KKM ialah PRU sebenarnya boleh dielakkan, berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tidak boleh dielakkan kerana sudah tamat tempoh.

“Manakala PRN Melaka terpaksa diadakan sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan,” tambah beliau. – BebasNews

Leave a Reply