Helikopter peninjau taktikal dan penyerang, T129 atau (ATAK) buatan Turki bulan depan. Foto TAI.

KUALA LUMPUR – Filipina bakal mula menerima helikopter peninjau taktikal dan penyerang, T129 atau (ATAK) buatan Turki bulan depan.

Filipina memesan enam buah helikopter yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI), yang akan dihantar secara berperingkat-peringkat mulai Disember ini, kata Ketua Tentera Udara Filipina, Lt. Gen. Allen Trio Paredes.

Paredes membuat pengumuman itu dalam akaun sosial media miliknya.

Pembelian helikopter kesemua berjumlah AS$280 juta menjadikan Filipina sebagai negara asing pertama menggunakan ATAK.

Turki merupakan pengeluar berlesen helikopter yang menggunakan enjin buatan Amerika Syarikat (AS). Penjualan itu menjadi kenyataan selepas AS membenarkan penjualannya kepada Filipina pada Mei lalu.

TAI sehingga kini telah membekalkan 61 T129 ATAK untuk kegunaan pihak berkuasa keselamatan Turki.- BebasNews

Leave a Reply