travel, airport, boarding pass
Photo by JoshuaWoroniecki on Pixabay

WASHINGTON (UPDATE) – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mulai Isnin ini menutup pintu sempadannya kepada pengembara dari Afrika Selatan dan tujuh negara Afrika lain kecuali rakyatnya sendiri dalam usaha mengekang penularan Omicron, varian terbaharu Covid-19.

Langkah itu sebagai mencontohi tindakan yang sama diambil Kesatuan Eropah, Britain dan  negara-negara lain di dunia. Ini bermakna penerbangan dari South Africa, Botswana, Zimbabwe, Namibia, Lesotho, Eswatini, Mozambique dan Malawi tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Kanada juga menyekat kemasukan pengembara asing yang berada di negara tersebut dalam tempoh 14 hari yang lalu, lapor Agensi.

Selain itu Perancis, Arab Saudi, Maghribi, Mesir dan Israel juga mengambil tindakan yang sama.

Presiden Joe Biden menyifatkan tindakan berkenaan sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ sehinggalah lebih banyak maklumat diketahui mengenai varian tersebut.

Kementerian Kesihatan Afrika Selatan, bagaimanapun menyifatkannya sebagai tindakan yang terburu-buru dan zalim serta bertentangan dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Omicron pertama kali dilaporkan muncul di Afrika Selatan pada 24 November lalu dan sejak itu juga dikenalpasti menular ke negara lain. – BebasNews

Leave a Reply