Foto Pertubuhan Bulan Sabit Arab Saudi.

RIYADH – Empat maut di Arab Saudi apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah trak di Lebuh Raya Al-Hijrah, dalam wilayah Madinah, kata pihak berkuasa.

Bas berkenaan membawa 45 penumpang ketika berlakunya kejadian itu di bandar Al-Yutamah, sekitar 60 kilometer dari Bandar Madinah.

Mangsa kemalangan yang cedera di hantar ke hospital tempatan, lapor Arab News.

Lebuh Raya yang sibuk itu merupakan salah satu jalan raya utama yang meghubungkan wilayah Mekah dan Madinah.

Pada tahun 2019, seramai 35 jemaah haji terkorban dalam satu kemalangan di lebuh raya yang sama berdekatan kampung Al-Akhal apabila bas yang dinaiki bertembung dengan kenderaan pengangkut muatan. – BebasNews

Leave a Reply