The Mhani Gingi Nursery project benefits the members of the network by giving women from various communities the opportunity to come to the Nursery to learn how to grow various types of vegetables and herbs. This knowledge can then be implemented in their own communities, providing sustainability for the families involved. Mhani Gingi has helped to set up several community gardens in the disadvantaged areas surrounding Cape Town. The produce that is grown in those gardens from the seedlings supplied by Mhani Gingi Nursery feeds the communities and can also be sold for income.
Photo by Anaya Katlego on Unsplash

ORANG ramai kini terpaksa membayar lebih apabila harga sayur-sayuran mengalami peningkatan harga yang tinggi.

Seperti biasa alasan yang diberikan, segala-galanya berpunca daripada faktor cuaca, logistik serta peningkatan kos baja dan racun.

Soalnya sampai bila harus begini? Jawapan paling popular ‘harganya terkawal dan mengikut lokasi’ atau ‘bekalan mencukupi’ merupakan ulangan yang sering keluar dari mulut setiap menteri yang menjaga kementerian berkenaan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, faktor seperti hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta kawasan tanaman sayur sekitarnya didapati turut menjejaskan rantaian pengedaran, terutama bagi sayur-sayur dari tanah tinggi berkenaan.

“Selain itu, kesukaran mendapatkan tenaga kerja menyebabkan hasil tidak dapat dikeluarkan secara maksimum, sekali gus mengakibatkan bekalan berkurangan yang akhirnya telah menyumbang kepada punca kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.

“Bagi sayur-sayur import pula, harga di negara pengeluar yang telah meningkat dan masalah-masalah pengeluaran yang lain seperti isu kenaikan harga input pertanian dan cuaca di negara pengeluar juga turut memberi kesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri yang terbabit tidak seharusnya menyalahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kerana menimbulkan isu berkenaan, pihak kerajaan perlu memikir pendekatan baharu yang lebih baik dan bukan sekadar menyatakan apa yang berlaku antaranya disebabkan fenomena dunia.

Ini bukan masalah baharu. Sebelum ini harga sayur, ikan dan daging yang menjadi barangan keperluan ramai lebih kerap naik dan jarang kali mendengar harga turun secara sukarela.

Mana Pelan A atau Pelan B dan lain-lainnya?

Kementerian tidak seharusnya hanya sekadar bergantung kepada kenyataan Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands bahawa harga sayur berpotensi untuk kembali stabil apabila pengeluaran dapat ditingkatkan pada tahap normal dengan bantuan cuaca, logistik dan penambahan tenaga buruh di ladang.

Pihak kerajaan dan kementerian sepatutnya sudah lama mampu menjangka permintaan jangka pendek atau jangka panjang dan mengambil langkah berkesan yang pantas untuk menanganinya jika benar permintaan mendadak didakwa menyebabkan bekalan berkurangan dan harga melambung terhadap telur, ayam dan juga sayur.

Tidak dinafikan KPDNHEP boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana peniaga di setiap rantaian bekalan sekiranya terdapat unsur pengambilan keuntungan secara tidak munasabah (mencatut) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Malangnya, tindakan yang diambil kadang-kadang bermusim dan pihak kementerian juga berdepan dengan kekangan anggota untuk menguatkuasakannya.

Bertindaklah dan merancang dengan betul. Rakyat di bawah semakin terbeban dengan harga barangan keperluan yang naik mendadak tanpa penghujung apatah lagi selepas ramai yang hilang pekerjaan. Mungkin pak menteri sendiri patut lebih kerap menjenguk turun ke bawah.

Jangan sampai rakyat sudah hilang keyakinan.

BebasNews

Leave a Reply