Barisan artis yang akan menjayakan Pesta Kopi KL dan Blues Valley, Disember ini.

BAGI ‘kaki kopi’, tak kiralah kopi ikat tepi, kopitiam atau ‘kopi kayangan’, jangan ketinggalan untuk menikmati pelbagai jenis kopi selama dua hari berturut-turut, bermula pada 4 dan 5 Disember ini.

Pelbagai jenis kopi akan diperkenalkan dan 1001 satu cara penyediaan kopi dapat disaksi jika anda hadir di Pesta Kopi KL yang akan diadakan pada pukul 10 pagi hingga 9 malam di Kasturi Walk, Pasar Seni yang akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pesta Kopi KL merupakan anjuran Tempatan Fest yang diketuai oleh Seir Rashid untuk kembali aktif meneruskan usaha yang telah dimulakan sejak penubuhannya pada 2013.

Antara aktiviti menarik sepanjang acara dua hari tersebut adalah;
• Persembahan kumpulan buskers, artis indie dan beberapa artis ternama.
• Demonstrasi penyediaan kopi dan demonstrasi alat-alat penyediaan kopi oleh para vendor.
• Jualan barangan penyediaan, aksesori dan produk kopi.

Demonstrasi penyediaan kopi dan alat-alat penyediaan kopi oleh para vendor dapat dilihat pada Pesta Kopi KL nanti.

Pesta Kopi KL ini tidak dapat dijayakan tanpa sokongan pihak-pihak seperti Pasar Seni, Kinabalu Peaks, Peminat Kopi, Sekolah Kopi, Zenia Coffee dan Rasta Brew sebagai Rakan Strategik, Avenue J Hotel sebagai Hotel Rasmi dan The Rakyat Post sebagai Media Rasmi.

Selain Pesta Kopi KL, Tempatan Fest turut menganjur Blues Valley Jam yang merupakan acara konsert bertema alam sekitar kerjasama antara Blues Gang dan Tempatan Fest.

Ito, anggota Blues Gang akan mengadakan persembahan secara maya sempena Blues Valley pada 28 Disember ini.

Ia tercetus sempena sambutan ulang tahun ke-48 Blues Gang bukan saja sebagai konsert ulang tahun tetapi juga dengan harapan ia menjadi acara tahunan dalam menyemarakkan rasa cinta dan peduli kepada kelestarian alam sekitar.

Untuk kali ini, acara Blues Valley akan diadakan secara maya pada 28 Disember 2021 bermula pukul 4 petang sehingga 11 malam di laman rasmi Blues Gang – www.bluesgangofficial.com

Orang ramai yang berminat boleh membeli pas tontonan berharga RM22 (termasuk caj perkhidmatan) di laman yang sama.

Antara artis yang akan menjayakan Blues Valley Jam kali ini adalah Lord (The Boys), Pitahati, Sons Of Adam, Andy (Flop Poppy), Zip Zieller dan Blues All Stars. Blues Valley Jam dijayakan dengan sokongan Sabasun Hyper Runcit sebagai penaja utama.

Blues Valley Jam merupakan konsert bertema alam sekitar yang menampilkan Blues Gang dan kumpulan muzik lain.

BebasNews.

Leave a Reply