KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan varian Omicron dikesan di Perak.

Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi kenyataannya berkata, KKM menjelaskan bahawa tiada varian tersebut ditemui di negara ini.

“Hentikan penyebaran maklumat daripada sumber tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini tular di media sosial kononnya varian Omicron dikesan di negeri Perak.- BebasNews

Leave a Reply