chicken, poultry, free running
Photo by Alexas_Fotos on Pixabay

KUALA LUMPUR (UPDATE)- Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bekalan ayam import dan ikan sejuk beku yang disimpan sebagai stok di bawah program Q’Fish dilambakkan dalam pasaran sebagai langkah segera menstabilkan harga.

Perdana Menteri berkata, untuk tujuan itu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan mengimport 200 hingga 300 kontena ayam sejuk beku seawal minggu depan.

Bagi bekalan ikan pula, katanya stok ikan sejuk beku di bawah program Q’Fish kendalian Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan memasuki pasaran, manakala pengeksportan ikan dihentikan buat sementara waktu, lapor media tempatan.

“Kita banjirkan pasaran dengan ayam daripada luar yang harganya lebih murah berbanding harga ayam tempatan supaya pengguna ada pilihan.

“Saya akui ada peningkatan harga di pasaran, tetapi kita beri pilihan kepada pengguna,” katanya.

Lagi berita menyusul

BebasNews

Leave a Reply