INDIA melaporkan kes pertama Omicron apabila dua lelaki di Karnataka yang letaknya di selatan negara itu disahkan positif varian tersebut selepas pulang daripada seberang laut.
Menurut jurucakap kerajaan, kedua-dua mereka masing-masing berusia 66 dan 45 tahun kini dalam pemerhatian.
Kesemua yang mempunyai hubungan dengan kedua dua lelaki dikini sedang dikesan dan menjalani ujian, lapor BBC.
Enam orang yang diuji positif Covid-19 di New Dehli dan juga enam lagi dari negeri Maharashtra, di selatan India sedang melalui proses untuk mengenalpasti variannya. Keputusannya belum diperoleh lagi.
Beberapa bandar dan juga negeri di India juga mengambil tindakan yang sama.
Reviewed the COVID-19 and vaccination related situation. In light of the new variant, we remain vigilant, with a focus on containment and ensuring increased second dose coverage. Would urge people to continue following social distancing and wear masks. https://t.co/ySXtQsPCag
— Narendra Modi (@narendramodi) November 27, 2021
Minggu lalu, Perdana Menteri India Narendra Modi mengkaji semula tahap kesediaan kesihatan negara itu dan meminya rakyatnya mematuhi peraturan yang dibuat untuk menangani Covid-19. – BebasNews