Gincu berwarna hitam akan bertukar warna menjadi merah selepas dioles di bibir.

KOLEKSI gincu baharu iaitu BlackRevfa baru dilancarkan oleh usahawan sensasi, Joy Revfa, menerusi rangkaian MERVE Cosmetics Malaysia.

Gincu berkenaan merupakan koleksi terbaharu dan ke-30 yang dikeluarkan sejak MERVE Group Holdings Berhad ditubuh dan didaftar pada Februari 2015.

Menariknya tentang koleksi baharu ini, ia dilihat seiring dengan status diri Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 34, sebagai ibu tunggal yang tabah kepada Arryan Firdaus, 7.

Selain menjadi ibu kepada anak tunggalnya itu, pada masa sama Joy mengharungi hidup sebagai wanita bekerjaya, berani dan sentiasa memperkasakan golongannya.

Sewaktu pelancaran produk di Sky Glass, Sky Park Cyberjaya, semalam (5 Disember), Joy berkata, beliau ingin memperkenalkan koleksi gincu ini sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri.

“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.

“Baunya juga sangat ‘lazat’ dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.

“Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut,” jelasnya.

Gincu BlackRevfa yang ditampilkan dalam bentuk menarik dan tersendiri.

Dengan tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’, koleksi gincu ini menyasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin bergaya dan tampak cantik.

“Sedari dulu, tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’ rekaan khas saya ini memberi impak dan kuasa tersendiri kepada semua wanita untuk jadi lebih yakin dengan apa yang dimiliki.

“Harus diingat menjadi cantik itu bukan lagi fantasi bagi setiap wanita. Tak salah berfantasi atau berangan, tapi biarlah kena pada gayanya,” katanya.

Rangkaian kosmetiknya juga adalah satu-satunya produk kecantikan yang mempunyai konsep unik yang tersendiri. Malah Joy turut menjiwai watak setiap konsep produk keluaran terbaharunya.

Pada masa yang sama, pelancaran BlackRevfa kali ini turut ingin meraikan ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.

Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 ini untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

Joy Refva sangat menghargai stokis.

“Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.

“Pada waktu sama turut dilancarkan #mervetiktokchallenge bermula 6 hingga 26 Disember ini. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13.

“Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini.

“Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan,” katanya.

Pada acara sama, Intan Shuhaidah, stokis dari Putrajaya turut berani mengambil 2000 gincu untuk dijual kerana yakin dengan kualiti produk berkenaan.

Gincu berkualiti antarabangsa ini boleh dijual dengan harga mampu dimiliki serendah RM59.90.- BebasNews.

Leave a Reply