Foto FB Ebit Lew

SHAH ALAM – Mungkin ada yang beranggapan mengapa Ustaz Ebit Lew sanggup ke Palestin, Afrika dan terkini di Brazil, sedangkan di negara ini masih ramai memerlukannya.

Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Brazil meluahkan rasa terharu kerana misi bantuannya dibantu oleh pihak polis di Rio De Janeiro.

Dalam catatan terbaharunya pagi tadi, beliau berkata, bukan sahaja mesra dan dilayan dengan baik, pihak polis di sana juga banyak berbual serta bercerita tentang keadaan di negara tersebut.

“Mereka siap cakap terima kasih kerana berbuat baik di sini.

“Katanya bila-bila sahaja memerlukan bantuan mereka sedia membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri Facebooknya hari ini.

Ustaz Ebit berangkat ke Brazil sejak 1 Disember lalu bagi menjalankan misi kemanusiaan.

“Di sini kawasan panas. Pavela Rio. Senang berkongsi dan berbual sebab semua orang akan tegur saya dulu. Mereka kata awak orang Islam yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut memberitahu, pasukannya di Malaysia tetap meneruskan bantuan sedikit sebanyak. – BebasNews

Leave a Reply