jet ski, sports, activity
Photo by analogicus on Pixabay

KUALA LUMPUR – Selepas heboh pasal hidangan ikan siakap harga kayangan dua bulan lalu, kini timbul pula isu penalti jetski terbalik bernilai RM5 ribu di bumi sumpahan Mahsuri tersebut.

Kisah pelancong yang menggunakan perkhidmatan jet ski di Pantai Chenang di sini tular di media sosial baru-baru ini, apabila mendakwa dia diminta membayar RM5,000 bagi ganti rugi selepas jet ski itu terbalik akibat dipukul ombak.

Pengguna akaun Facebook, Dla Afindi itu berkata, jet ski tersebut dinaiki oleh adiknya.

“Jetski dorang (adik saya) terbalik sebab ombak kuat. Mujur ada bot nampak je dorang minta tolong.

“Management follow kami utk penalty. Rupa-rupanya dalam borang ada nyatakan kalau jetski terbalik kena bayar 5k,” tulisnya.

Tambahnya, jumlah itu dinyatakan dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jelasnya lagi, disebabkan keseronokan dan keterujaan untuk bermain jet ski, dia terlupa untuk membaca terma dan syarat dalam borang yang ditandatanganinya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemilik jet ski kemudiannya meminta ganti rugi RM3,000 daripadanya, dan akhirnya dia membayar ganti rugi yang tidak dinyatakan. – BebasNews

Leave a Reply