undi

SEJUMLAH 67 peratus anggota, pegawai polis serta tentera dan pasangan sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak setakat jam 12 tengah hari.

Sebanyak 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran telah dibuka dengan 5,522 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan serta memastikan proses pembuangan undi lancar.

Pengundian dijangka dilaksanakan sehingga 5 petang ini.

Sejumlah 349 calon bersaing dalam PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.

SPR telah menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian dan penamaan calon pada 6 Disember manakala undi awal pada 14 Disember.

Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini dilakukan selepas keputusan darurat yang ditarik balik pada 3 November lalu, sekali gus membolehkan SPR mengadakan pilihan raya Sarawak.

Untuk rekod, 23,043 pengundi akan mengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRN-12 Sarawak.

Ia membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). — Bebasnews

Leave a Reply