Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ahad melancarkan Tabung Bantuan Banjir 2021 dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan itu atas saranan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bagi melancarkan tabung berkenaan.

“Sumbanglah apa yang terdaya supaya kita dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Saya berdoa mudah-mudahan kita semua selamat daripada musibah banjir yang sedang melanda negara kita,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali keempat di sini pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada pada Ahad terpaksa diteruskan kerana ia adalah kehendak dalam perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

“Namun sebaik sahaja selesai perhimpunan ini, saya mengarahkan jentera-jentera parti dan jentera Perikatan Nasional (PN) untuk turun ke kawasan-kawasan terjejas bagi membantu semua mangsa banjir di seluruh negara,” katanya.-BebasNews

Leave a Reply