KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) hari ini mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan apabila keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka bertambah baik.

“Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan jam 11.30 pagi pada 19 Disember2021 untuk negeri-negeri berkenaan dengan ini ditamatkan,” kata MET dalam kenyataannya di sini.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

– BebasNews

Leave a Reply