SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ yang tular di pelbagai platform media sosial terutama di aplikasi Whatsapp.

MET Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menegaskan bahawa sebarang penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi serta laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, tular artikel berkenaan ‘Awas, baru terkena ‘ekor’, ‘kepala’ ribut belum sampai di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu turut memaklumkan agar orang ramai diingatkan tidak mudah mempercayai apa yang dibaca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau memanjangkan mesej berkenaan sebagaimana dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya.

“SKMM turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika didapati bersalah mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/178987/BERITA/Nasional/Met-Malaysia-nafi-berlaku-kepala-ribut

Leave a Reply