SHAH ALAM – Pengorbanan seorang pemancing tegar dan anaknya yang tular membantu mangsa banjir di Seri Muda dan Batu Tiga amat mengharukan.

Melalui klip video atas nama channel Pakteh Yeh Angler, anaknya, Norain Elias menceritakan operasi membantu mangsa banjir bermula dari kawasan Batu Tiga hinggalah ke Seri Muda selama dua hari.

Perjalanan kedua beranak itu menyelamatkan mangsa dan menyampaikan bantuan barang makanan daripada penyumbang amat mengagumkan.

Dalam temu bual dengan sebuah radio pagi ini Norain berkata, orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan operasi menyelamat mangsa banjir boleh mengikuti channel tersebut.

Usaha murni kedua beranak dari Damansara itu membantu dengan menggunakan bot sendiri dan membatalkan aktiviti memancing sangat disanjung tinggi.

Untuk mendapat gambaran awal keadaan banjir di Seri Muda sila layari channel tersebut. – BebasNews

Leave a Reply