PENGUMUMAN PENTING:

Rare Media Sdn Bhd, firma yang mengendalikan portal berita BebasNews (bebasnews.my) hari ini melancarkan inisiatif Infaq, Sedekah dan Bantuan (ISB) menerusi dua badan sukarela iaitu Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Terbang Charity, iaitu organisasi yang digerakkan oleh anak-anak muda Malaysia.

Inisiatif ini adalah bagi membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar di Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang atau mana-mana kawasan yang terlibat.

Antara bantuan yang akan disalurkan ialah menyediakan waterjet bagi kerja-kerja pembersihan, pakaian serta kelengkapan asas yang diperlukan.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus menerusi payment gateway toyyibPay.

Infaq boleh dibuat dalam jumlah RM10, RM50, RM100, RM500 dan RM1,000.

Kesemua infaq dan sedekah itu akan disalurkan kepada PAUiTM dan Terbang Charity untuk membeli pelbagai kemudahan sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

PAUiTM (dulunya dikenali sebagai Persatuan Alumni UiTM Malaysia) pernah terbabit secara aktif semasa banjir besar 2014 di Pantai Timur dan Terbang Charity juga turut membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Lembah Klang.

Kesemua wang yang diderma akan diselia secara ketat oleh juruaudit yang dilantik.

Klik pada pilihan berikut untuk membuat sumbangan anda:

Maklumat lanjut boleh menghubungi:

Puan Afiza Aziz (Setiausaha Kerja PAUiTM: +60 19-217 1910); Puan Marlia Majid (Bendahari: +60 19-387 1758) serta Saudara Arif Shuib (Presiden Terbang Charity: 0126125433)

— BebasNews

1 COMMENT

Leave a Reply