SAYA terkejut dengan pendedahan mantan PM, Najib Razak yang meminta kerajaan Selangor melaksanakan semula projek tebatan banjir, Canal City di Taman Sri Muda-Kota Kemuning, yang telah dibatalkan.

Pada masa itu kerajaan PKR mendapat kuasa memerintah Selangor serkap jarang mengatakan projek kerajaan terdahulu adakah membazir dan segala-galanya korup.

Projek terusan air Canal City sepanjang 18 kilometer itu dimulakan oleh kerajaan BN pada tahun 2008 dengan peruntukan RM3 bilion bertujuan mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.

Malangnya, setelah kerajaan PKR mengambil alih kerajaan Selangor ketika itu, projek ini dihentikan pada 2011 kerana menurut mereka “projek itu tidak bermanfaat untuk rakyat Selangor”.

Hari ini, sejak minggu lalu kawasan Taman Sri Muda masih digenang air setelah banjir besar — yang tidak pernah disaksikan oleh penduduk di situ dalam hidup mereka — memusnahkan segalanya.

Genap seminggu hari ini sebahagian kawasan itu masih digenangi oleh banjir lumpur yang belum surut.

Lebih memeranjatkan, jika benar, tanah untuk projek ini difahamkan telah dijual kepada sebuah pemaju, Dijaya sebelum PRU13.

Hari ini, rakyat Selangor menerima padahnya atas kesombongan kerajaan.

Benarkah pendedahan itu? Saya sendiri tidak sedar mengenai perkara itu. Jika benar Menteri Besar Selangor, yang wajahnya terpampang di seluruh pelosok billboard serata Selangor sehingga ke Langkawi — wajib menjawabnya. Walaupun MB Selangor ketika itu, Khalid Ibrahim telah menjawabnnya, MB Selangor sekarang juga perlu bertanggungjawab.

Sebenarnya ramai yang sudah lupa dengan projek itu?

Jika benar projek untuk tujuan tebatan banjir itu dibatalkan seluruh kerajaan Selangor kena memohon maaf kepada rakyat Selangor.

Isu pembatalan-pembatalan projek juga timbul semasa kerajaan PH memerintah apabila hampir ke semua projek besar nasional yang sedang berjalan atau dirancang dibatalkan atau diskil-kecilkan. Alasannya adalah untuk mengurangkan perbelanjaan dengan momokan mengatakan kerajaan akan bankrap?

Menurut laporan media semalam, Najib dipetik sebagai berkata, projek berkenaan sudah diberi peruntukan RM3 bilion, dengan projek berkenaan mula dibina pada 2007 hingga 2009, namun tergendala selepas kerajaan PKR mengambil alih Selangor ketika itu.

Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah kepada developer (pemaju) dua minggu sebelum PRU13, katanya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, lokasi projek berkenaan berada di selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar Taman Sri Muda dan Kota Kemuning.

Najib berkata, ia membabitkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18km merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat.

“…yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30% air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak. Beberapa terusan sekunder juga akan dibina,” katanya.

Beliau berkata, selain itu juga akan membina beberapa takungan air yang amat besar (seperti HORUS) untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air bagi penduduk negeri itu.

“Jika terusan air ini dapat mengurangkan risiko banjir, di samping dapat menambah rizab air mentah Selangor, namun saya rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” katanya.

Jika benar dakwaan itu, maka tanah yang dijual kepada pemaju perumahan itu harus ditarik balik, dan projek canal atau terusan itu dilaksanakan semula.

Wahai MB Selangor. Jawab segera pendedahan Najib itu.

Bahan bacaan tambahan: https://www.malaysiakini.com/news/155428

BebasNews

Leave a Reply