Kayu arang yang diperbuat daripada tongkol jagung

MOGADISHU, Somalia – Pelajar National University di Somalia berjaya menghasilkan kayu arang yang diperbuat daripada tongkol jagung, sekali gus membantu mengatasi masalah penebangan hutan.

Menurut penyelia penyelidikan Abdifatah Hared, penyelidikan itu yang pertama seumpamanya di Somalia dapat memanfaatkan tongkol jagung yang boleh diperolehi percuma manakala produk yang dihasilkan tahan lama dan mesra alam.

Kajian yang dilakukan menunjukkan lima arang tongkol jagung mampu memasak satu liter air teh hanya dalam masa 32 minit dan boleh digunakan sehingga tiga jam.

Para pelajar Somali menunjukkan kayu arang tongkol jagung yang pertama seumpamanya di negara itu.

Abdifatah berkata, penemuan itu berkenaan penting untuk menghentikan kegiatan penebangan hutan yang berlaku setiap hari di mana kajian menunjukkan sepohon pokok ditebang setiap saat atau lapan juta pokok ditebang dalam tempoh 2012 hingga 2017.

BebasNews

Leave a Reply