KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata dakwaan kononnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar bantuan banjir ke Malaysia adalah tidak benar sama sekali.

Beliau mengulas penularan video berdurasi 1.00 minit memperlihatkan pergerakan beberapa truk tiga tan berlogokan United Nations (UN) serta berwarna putih melalui facebook peribadi atas nama Jong Senow dan Nazimah Ibrahim, masing-masing pada 24 dan 7 Disember 2021.

Affendi berkata, paparan video tersebut adalah merupakan proses Final Acceptance Test (FAT) yang dilaksanakan oleh ATM sebelum kenderaan tersebut
diaturgerakkan ke Lubnan untuk kegunaan Kontinjen MALBATT 850 yang melaksanakan misi pengaman di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

Beliau berkata, masyarakat diminta agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Affendi berkata, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh di dakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
(AKM) 1998. – BebasNews

KENYATAAN MEDIA - TULAR VIDEO UN BERI BANTUAN BANJIR

Leave a Reply