BAGI rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, inilah satu-satunya negara kita. Inilah satu-satunya langit yang kita junjung.

Baik buruk, hodoh sekali mana pun negara ini, inilah negara kita. Siapa pun yang memimpin. Inilah kerajaan kita sehingga pilihan raya yang akan datang.

Tak perlu kita “jump on the bandwagon” dan terikut-ikut dengan ahli-ahli politik yang mahu mengusutkan lagi suasana.

Ahli politik pandai memutar-belitkan suasana dan keadaan. Mereka pandai main silap mata. Mereka adalah ahli dan pakar permainan reverse-psycology — dengan mengasak pemilikiran massa bagi mengelakkan kelemahan diri mereka sendiri.

Itulah yang saya sempat perhatikan selama ini. Sebagai orang media itu adalah pancaindera kami. Sekilas air di sungai kami tahu apa niat yang tersurat dan tersirat.

Dalam suasana cuaca tidak menentukan sekarang marilah kita bersatu hati bekerjasama bagi membantu antara satu sama lain.

Tolak ke tepi fahaman politik Malaysia yang sempit dan lapuk. Rakyat perlukan bantuan kita semua.

Jangan buat gelagat bodoh yang bukan-bukan. Jika kerajaan negeri merasakan mereka ada kelemahan, jangan lancarkan perang psikologi menyalahkan kerajaan pusat pula.

Kerajaan negeri pun banyak kelemahannya dalam tempoh lebih seminggu banjir besar di negeri mereka. Rakyat sedar begitu lemahnya segala jentera-jentera kerajaan pusat, mahupun negeri.

Jangan cari salah orang itu dan ini. Cari kata sepakat dan bantu rakyat. Rakyat amat memerlukan perhatian dan bantuan buat masa ini. Ramai juga yang bertanya, mengapa agensi-agensi kerajaan Selangor misalnya membiarkan lumpur-lumpur di tepi-tepi jalan bergenang tanpa dibersihkan — selepas lebih seminggu banjir. Apa ditunggu lagi?

Begitu juga masalah sampah-sampah sarap yang dibuang dari kediaman yang total loss itu. Mengapa lambat membersihkannya? Apakah anda mahu rakyat menyalahkan sepenuhnya kepada pusat atau kepada PM. MB pula buat apa? EXCO buat apa? Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN buat apa?

Memang benar, dari segi psikologi orang tidak nampak MB atau Ketua Menteri. Jika ada kelemahan di Long Pasia, Sipitang Sabah sekali pun, orang tetap salahkan PM!

Oleh itu, kita jangan cari salah lagi atau mengupah laskar-laskar siber anda melancarkan lagi pelbagai kebencian dengan video-video tiktok juicy yang menjelakkan.

Ayuh, rakyat kita masih menangis. Dalam hati mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Jangan nanti masa pilihan raya, mereka bukan sahaja tidak mahu mengundi anda, buang undi pun mereka tidak ingin.

Oleh itu jangan main cuba mengadu-domba hati dan perasaan rakyat supaya membenci orang itu dan orang ini.

Sesungguhnya ramai mata-mata negara luar juga yang mahu melihat negara ini hancur — bagi mendamaikan negara mereka sendiri.

Ramai yang bertepuk tangan sekarang… sedarlah.

Adakah kita mahu itu berlaku?

— BebasNews

Leave a Reply