Faizal Ismail dan Ustaz Zariff Daud selaku hos Episod Khas Hijrahkan Laguku.

BAGI menghormati mangsa-mangsa banjir yang melanda negara sejak 17 Disember lalu hingga kini, stesen TV Alhijrah tidak meneruskan siaran langsung program realiti Hijrahkan Laguku.

Sebaliknya, siaran minggu keenam program hiburan berunsur Islamik itu digantikan dengan Episod Khas Hijrahkan Laguku Solidariti untuk Malaysia yang dijayakan oleh Lah Ahmad (Ya Allah x Salam), Kumpulan Zayne (Iktiraf – Ya Rabbana Tarafna), Daqmie (Yang Terindah), Zack Kool (Makbulkanlah), Rahmad Mega (Hanya Satu Persinggahan), Ustaz Zarifi Daud, Suffian Amrin dan Ustaz Fazrul.

TV Alhijrah mengambil langkah dengan merehatkan sebentar penyanyi-penyanyi yang bertanding bagi menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir yang terjadi baru-baru ini.

Menerusi program Hijrahkan Laguku Solidariti diharap mampu memberi semangat dan motivasi baharu kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan banjir khususnya, dan dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia.

Selain itu, turut menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir, serta dapat memberikan ibrah kepada penonton atas setiap kisah misi kemanusiaan artis-artis Hijrah Kan Laguku.

Sekali gus dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Don dari tanah haram yang diaminkan oleh penonton TV Alhijrah.

Malah pada malam tersebut turut menampilkan tetamu jemputan seperti Datuk Ustaz Kazim Elias selaku penceramah, Furqan Fawwaz (Qari), Ustaz Fazrul Ismail (Pentadabbur) manakala Faizal Ismail FBI selaku (Hos) dan Ustaz Zarifi Daud selaku (co-hos).

Apa yang menariknya, konsep pada malam itu bukan sahaja berhibur tetapi dapat mengupas sedikit sebanyak berkenaan banjir yang melanda Malaysia.

Malah barisan artis jemputan menyanyikan lagu serta diselitkan dengan bacaan kitab suci Al-quran bersama tadabbur terjemahannya.

Manakala penceramah jempuan turut memberikan ibrah daripada setiap kisah artis Kemanusiaan Hijrah Kan Laguku yang diceritakan secara live melalui google meet.

Sementara itu, episod ketujuh program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada minggu 1 Jan 2022 bakal memperlihatkan enam orang bintang berdakwah di pentas separuh akhir.- BebasNews

Leave a Reply