KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Rezeki seorang jejaka penjual char kuey teow beristeri seorang doktor.

Mula berkenalan di gerai kerana si dara kerap berkunjung untuk membeli makanan itu sehingga membawa mereke ke jenjang pelamin.

Tular sebuah video baru-baru ini, seorang pengantin sanggup mencium bau asap untuk menyediakan masakan kegemaran si isteri.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Tik Tok, Haida Hairol mengoreskan catatan bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin dua sejoli itu.

“Dulu abang aku niaga char kueh teow tepi jalan. Ada awek ini selalu datang gerai dia.

“Abang aku try try ngorat. Rupa-rupanya dia doktor,” ujarnya.

Menurut Haida Hairol, selepas mengetahui wanita berkenaan seorang doktor abangnya mula terasa malu, namun cinta itu buta dan hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin.

“Lepas tahu awak itu doktor, dia pun segan-segan, tetapi itulah cinta. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Awet itu pun minat dia. Maka berkahwinlah dorang,” ujarnya.

Perkongsian Haida Hairol di laman sosial tersebut menarik minat warganet yang memberi respon mencuit hati.

@haidahrl_Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor 😂

♬ Dondang Dendang – Noraniza Idris

Seorang pengguna dikenali sebagai Sad Song bercadang untuk mengikut jejak langkah lelaki itu dengan mengusahakan gerai makanan.

“Nampak gayanya aku kena meniaga kuew teow. Gadis-gadis suka makan kueh teow. Sebab diet nasi katanya,” katanya.

Video tersebut turut memberi idea kepada seorang pengguna Puan Dilla yang berhajat untuk meminta abangnya berniaga makanan itu.

“Abang aku tak kahwin lagi. Aku rasa nak suruh dia jual char kueh teow jugalah,” katanya.

Seorang pengguna, LeyKarbon pula mengulas ringkas; “Macam mana doktor tidak cair. Abang char kueh teow handsome.”

Dalam pada itu, peniaga char kueh teow berkenaan, Muhammad Fahmi Syafiq Rohaimi, 26, dan Nur Shalini Zufri, 29, disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Mereka kemudian diraikan di kediaman pengantin lelaki di Batu 4, Klang, Selangor, lapor MStar.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki yang segak menggayakan busana warna merah turut memasak char kueh teow di hadapan tetamu khusus buat isteri tersayang yang juga penggemar makanan itu.

Dalam pada itu, video tersebut sudah menerima 2.7 juta tontonan, 274,400 tanda suka, lebih 4,880 komen dan kira-kira 4,200 perkongsian dalam kalangan warga net.

BebasNews

Leave a Reply