PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memeterai undang-undang berkaitan perbelanjaan pertahanan bernilai AS$778 bilion (sekitar RM3.25 trillion) termasuk untuk menyaingi kebangkitan China dan menyokong pertahanan Taiwan.

Akta Pemberian Kuasa Pertahanan Nasional untuk fiskal 2022 hingga September depan meningkat 5 peratus berbanding belanjawan tahun lepas. Akta berkenaan juga memperuntukkan $7.1 bilion untuk “Inisiatif Pencegahan Pasifik,” bertambah sebanyak lebih tiga kali ganda daripada fiskal 2021.

Perbelanjaan pertahanan memberi tumpuan untuk memastikan AS dari segi keselamatannya mampu untuk bersaing secara strategik dengan China dan Rusia dan juga teknologi seperti dalam senjata hipersonik dan kecerdasan buatan, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pemeterian undang-undang itu juga memerlukan presiden menghasilkan “strategi besar” ke atas China untuk menangani cabaran pentadbiran Beijing di peringkat antarabangsa dan juga menghalang Jabatan Pertahanan mendapatkan pemerolehan produk yang dihasilkan buruh paksa minoriti Uyghur Muslim di China. wilayah Xinjiang.

China dan Taiwan telah ditadbir secara berasingan sejak mereka berpecah ketika berlaku perang saudara pada tahun 1949. Beijing sejak itu telah berusaha mengasingkan Taiwan secara diplomatik, kerana dianggapnya wilayahnya yang belot dan tidak menolak kemungkinan menyatukan semula dengan tanah besar secara paksa jika perlu.

Amerika Syarikat yang komited kepada dasar “satu China”, turut mengiktiraf Beijing sebagai “satu-satunya kerajaan China yang sah,” tetapi turut mengadakan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan termasuk menyediakan bantuan untuk mempertahankan dirinya daripada China. – BebasNews

Leave a Reply