SEKEMBALINYA usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ke tanah air selepas bercuti dengan keluarga di Istanbul, Turki, beliau memuat naik foto mohon orang ramai doakan agar beliau tabah menghadapi dugaan.

Ramai yang tertanya-tanya tentang foto yang dimuat naik menerusi Instagramnya pada Selasa (28 Disember) lalu dan hari ini (29 Disember), beliau mengesahkan yang dirinya dijangkiti virus Covid-19 tahap tiga.

“Assalamualaikum mohon doakan saya kuatkan tabah dan dipermudahkan menghadapi dugaan ini semoga Allah sentiasa bersama saya dan keluarga saya.

“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

“Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT.

“Rasa lega dah mohon maaf kat semua …takut-takut umur saya tak panjang… doakan saya cepat sembuh. I’ll missing my wife @shahidadherbs kids and my mom @bondarozitaibrahim

“Saya ditahan wad kerana saya dijangkiti covid stage 3 melibatkan paru-paru saya. Saya ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai ketika ini,” luahnya di media sosial.

Antara rakan-rakan yang memberi komen dengan kata-kata semangat ialah Datuk Seri Vida yang mendoakan beliau cepat sembuh dan yakin sahabatnya itu mampu menghadapi dugaan tersebut.

Selain itu, pelakon Rebbeca Nur Islam juga turut mendoakan agar segala urusan Aliff Syukri dipermudahkan dan cepat sembuh. – BebasNews

Leave a Reply