Helizam dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bergelar Datuk Seri. - Foto Instagram @mohdizharariff_official

PENYANYI, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bergelar Datuk Seri.

Khabar mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini menerusi satu muat naik foto pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar di ruang kapsyen foto berkenaan.

Gambar tersebut mendapat lebih 19,000 tanda suka dan puluhan komen dari peminat dan rakan selebriti yang mendoakan mendoakan kedua-dua pasangan itu.

Antara yang meninggalkan komen di foto tersebut adalah Linda Rafar dan Shamsul Ghau Ghau, yang mengucapkan tahniah dan ucapan “selamat pengantin baharu”.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Astro AWANI di laman Instagram milik Heliza, masih tiada sebarang muat naik mengenai khabar gembira itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/180888/BERITA/Semasa/Heliza-Helmi-kahwin-jutawan-bergelar-Datuk-Seri

Leave a Reply