Emma Watson

WASHINGTON – Tindakan pelakon wanita British Emma Watson menyatakan sokongannya kepada aktivis pro Palestin dalam sosial media, mengundang kemarahan pegawai rejim Israel tetapi dipuji pengguna media sosial pro-Palestin.

Pelakon itu yang memainkan watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter bertindak berkongsi semula hantaran Bad Activist Collective di Instagram pada Ahad lalu yang menunjukkan aktivis pro-Palestin berarak dengan perkataan “Solidarity is a verb” jelas terpampang pada imej itu, lapor Agensi Anadolu.

Hantaran itu disertakan juta dengan kata-kata seorang sarjana kelahiran British-Australia, Sara Ahmed iaitu “Solidariti bukannya menganggap bahawa perjuangan kita adalah perjuangan yang sama, atau kesakitan kita adalah kesakitan yang sama, atau harapan kita adalah untuk masa depan yang sama.”

“Solidariti melibatkan komitmen, dan usaha serta pengiktirafan bahawa walaupun kita tidak mempunyai perasaan yang sama, atau kehidupan yang sama, atau tubuh yang sama, kita hidup di atas dasar yang sama,” tambah petikan itu.

Tindakan Watson juga merupakan duta muhibah Wanita PBB, mendapat pujian pengguna Instagram pro-Palestin, ada antara mereka mengucapkan terima kasih atas sokongannya di bahagian komen, dan menyiarkan emoji bendera Palestin, kebanyakannya dengan hashtag #FreePalestine dan #PalestineWillBeFree.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Gilad Erdan, mengkritik keras hantaran Watson itu dan bekas duta rejim Israel ke PBB, Danny Danon juga menuduh artis itu sebagai anti Yahudi.

Bagaimanapun kenyataan Danon bukan asing kerana dakwaan sebegitu biasanya dibuat oleh pihak rejim Israel untuk menyekat sokongan solidariti kepada rakyat Palestin. – BebasNews

Leave a Reply